|
Pendahuluan...
PuteraNiME-HQ atau singkatanya P-HQ merupakan
laman web info anime dan manga dalam versi bahasa Melayu
(BM). Slogan rasmi untuk PuteraNiME-HQ ialah "Kumpulan
Komuniti Penonton Anime Malaysia". Bagaimanapun, dalam
bahasa Inggeris hanya dikenali sebagai "The Malaysian Anime
Community".
 |
| P-HQ Emblem & Logos |
Secara umumnya, laman web P-HQ adalah laman web persendirian
yang diwujudkan sebagai satu bentuk laman web berkonsepkan "daripada
peminat untuk peminat" seperti laman web peminat (anime
fandom) dari luar negara yang lain selain Malaysia. Idea penubuhan
PuteraNiME-HQ pada mulanya dicetuskan sekitar tahun 2004
lagi yang pada ketika itu menggunakan nama domain dan
hosting percuma sebagai langkah percubaan. Kemudian,
pada tahun 2005 PuteraNiME-HQ mula menggunakan nama domain
dan hosting sendiri seperti yang anda sudah sedia maklum
iaitu PuteraNiME.com.
Alkisahnya... Disebalik Nama P-HQ
Nama PuteraNiME adalah sempena mengambil nama laman web komuniti
IT berbahasa Melayu iaitu * PUTERA.com
dan juga kewujudan kelompok kecil komuniti ANIME dan manga dalam
forum tersebut. Perkataan "-HQ" pada penghujung perkataan
PuteraNiME adalah singkatan untuk bahasa Inggeris " headquarter"
yang bermaksud ibupejabat. "-HQ" yang dimaksudkan
itu juga adalah bahagian "forum" komuniti PuteraNiME
(Malay BBS) yang beroperasi sebagai tempat perbincangan umum
ahli-ahli berdaftar di forum P-HQ.
*PUTERA - PUsat TEknologi Rangkaian Awam
Berbekalkan sedikit ilmu yang diperolehi dari laman PUTERA.com
dan dengan bantuan serta sokongan rakan-rakan seangkatan, laman
web komuniti P-HQ akan cuba berusaha sedaya upaya dan sebaik
yang mungkin untuk mewujudkan sebuah laman web yang mesra
komuniti, berbahasa Melayu dan lebih teratur serta
padat sama seperti yang telah diamalkan di laman web tersebut.
Misi PuteraNiME...
Objektif laman web komuniti P-HQ bukan hanya membincangkan tentang
hobi membaca manga dan menonton anime sahaja. Sebaliknya ingin
cuba mengumpul dan mengenalpasti seberapa ramai peminat anime
dan manga dari Malaysia.
Komuniti P-HQ turut mendorong dan memberi galakan kepada ahli-ahlinya
untuk berkarya samada dalam bidang seni lukisan, muzik, penerbitan,
suntingan, rekaan visual dan animasi. Sama seperti yang dilakukan
oleh pembaca/penonton anime dan manga di seluruh dunia terutamanya
di Jepun dan USA. Dengan cara ini, sekaligus sebagai usaha mencungkil
bakat yang mungkin tidak wujud dalam diri mereka sebelum ini
melalui pendedahan terhadap hobi mereka itu sendiri kerana anime
dan juga manga.
 |
Laman web P-HQ juga diharap akan menjadi sebuah komuniti yang
akan memberi sedikit panduan atau rujukan asas kepada golongan
kecil tertentu. Tidak mustahil sekiranya pada suatu hari kelak
nanti, laman web komuniti ini mungkin akan melahirkan seorang
animator dan doujin Malaysia. Mungkin juga lebih dari itu sekaligus
mampu memberi sedikit sumbangan samada dari segi memajukan industri
pembikinan animasi mahupun memajukan seni karya komik sehingga
menjadikannya tersenarai dalam salah satu sumber kekuatan ekonomi
negara kita seperti yang telah direalisasikan di negara Jepun.
Pautan Berkaitan...
[ Enter
] Forum Komuniti
[ Enter
] Mengenai logo P-HQ
[ Enter
] Rebiu webmaster di PUTERA
[ Enter
] Rebiu dari blog Ahmades
[ Enter
] Streaming Video P-HQ |
 |
Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian.
Yang Ikhlas,
- Webmaster/Admin - |