MALAY VERSION
best view with
IE 6.0 and Firefox
|
PRODUCTION I.G - TOKYO, JEPUN
Cacatan Lawatan K. Huitula
ke Tokyo, Jun 1999 |
|
Pengenalan
Artikel di bawah adalah berdasarkan daripada artikel asal K.
Huitula semasa lawatan beliau ke sebuah syarikat animasi terkenal
di Jepun iaitu Studio Production I.G pada tahun 1999. Saya begitu
tertarik dengan pengalaman beliau di sana dan bercadang untuk
menulis semula artikel ini sekaligus sebagai sekadar bacaan
sampingan dan info tambahan untuk para pengunjung laman web
PuteraNiME.com.
K. Huitula pertama kali datang ke Tokyo, Jepun pada awal bulan
Jun dalam tahun 1999. Tujuan beliau ke sana kerana ingin mengkaji
dan mengumpul seberapa banyak maklumat yang diperlukan tentang
proses kerja produksi/pembikinan animasi dan kaedah yang digunakan
oleh kebanyakan syarikat animasi di Jepun dalam tempoh 3 bulan.
Kedatangan beliau ke Tokyo disambut baik oleh Presiden Production
I.G, Mitsushi Ishikawa dan juga Arata Iwashina selaku koordinator
produksi untuk Production I.G ketika itu.
 |
| K. Huitula & Hiromasa Ogura |
Biodata
Kristian A. Huitula merupakan seorang artis seni, pereka grafik
dan komik yang berasal dari Tampere, Finland. Mempunyai kelulusan
B.A dalam bidang Media di Tampere Polytechnic, Art and Media,
2000. Beliau pernah memenangi beberapa anugerah seperti National
Art Competition: Vuoden Lintupiirtaja '89 (1989), 100 Year Anniversary
of Comics Competition (1996), The Young Artist of The Year:
Kalevala Society Foundation (2003), Comic Contest "Sarjis 2004"
(2004) dan Comic Contest "Sarjis 2005" (2005).
Selamat Membaca -desu
|
|
PRODUCTION I.G
Production I.G (I.G = Ishikawa/Goto) merupakan sebuah syarikat
produksi animasi kepunyaan ING-Corporation termasuk 3 syarikat
lain di bawahnya. Production I.G juga merupakan studio utama
yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penerbitan untuk produksi
perfileman animasi, animasi format video (DVD, VCD, VHS), rancangan
siri TV dan permainan elektronik (games). Production I.G dimiliki
sendiri oleh Mitsuhisa Ishikawa yang juga adalah presiden ING-Corporation.
Pada tahun 1987, syarikat tersebut pada asalnya dikenali sebagai
IG Tatsunoko kemudian ditukarkan namanya dalam tahun 1993.
Jumlah kakitangan yang bertugas di sana lebih kurang 200 orang
dan kebanyakannya bekerja secara sambilan (freelancers). Production
I.G telah pun dikenali di peringkat global (international) melalui
filem animasinya yang popular satu ketika dahulu iaitu Ghost
In The Shell sekaligus menjadikan sebuah filem animasi yang
berjaya memberi impak baru dalam merevolusikan industri perfileman
animasi sejak ditayangkan pada tahun 1995.
 |
| Ghost In The Shell - 1995 - Production
I.G |
STUDIO OGURA
Bahagian BG-Department bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyediaan
lukisan latarbelakang yang dikendalikan oleh Hiromasa Ogura
dan bertempat di ibupejabat Production I.G. Pada ketika itu,
selain Ogura, terdapat juga 7 pelukis muda berbakat yang bertindak
sebagai artis untuk rekaan latarbelakang di bahagian tersebut.
Ogura juga merupakan seorang pengarah seni (art director) berbakat
yang pernah terlibat dalam pembikinan animasi popular seperti
Ghost In The Shell, Wing of Honneamise, Patlabor the Movie dan
Jin-Roh. Kemahiran dan bakatnya juga begitu dikenali dan sangat
dihargai di kalangan pelopor animasi di Jepun.
 |
| Hiromasa Ogura |
Bermula sekitar tahun 1999, di Production I.G, terdapat juga
lakaran latarbelakang yang menggunakan bantuan teknologi komputer
sekaligus mempamerkan pelbagai variasi teknik dan rekaan lakaran
untuk latarbelakang sesebuah animasi. Boleh dikatakan juga ianya
menjadi sebahagian ciri-ciri unik dalam pembikinan animasi di
Jepun. Walaupun penggunaan komputer amat berguna tanpa mengira
apa cara sekalipun, lakaran dan rekaan latarbelakang yang menggunakan
kaedah lukisan tangan masih dikatakan sebagai pilihan istimewa
yang berjaya mewujudkan suasana latarbelakang seakan hidup dan
bernyawa.
Di studio Ogura, kakitangannya
mencatat segala senarai tugasan yang diberikan. Tidak hairanlah
tekanan kerja yang diberikan agak berat dan suasana kerja yang
begitu ketat. Tugasan mereka bermula pada pukul 9.30 pagi dan
tamat pada pukul 8.00 malam. Waktu rehat hanya selama setengah
jam termasuklah waktu bekerja 10 jam setiap hari kecuali hari
Ahad dan mungkin pada hari Sabtu sekiranya ada hari cuti umum.
Pada ketika itu (semasa lawatan ini) selain Ogura sendiri dalam
studio tersebut, terdapat 3 lagi artis penting yang terlibat
dalam menjayakan pembikinan filem animasi Jin-Roh (1999) iaitu
Satoh, Ii dan Kazato yang sudah pun bertugas lebih 3 tahun di
Production I.G. Purata umur mereka boleh dikatakan kebanyakan
kakitangannya berumur sekitar umur 30 tahun dan ke bawah dan
mereka juga merupakan seorang artis yang mempunyai latar pendidikan
di institusi pendidikan tempatan dalam bidang kursus seni (art)
dan juga animasi.
Penghasilan lakaran lukisan turut
dilakukan untuk siri projek yang berlainan secara serentak.
Kebiasaannya, kerja-kerja mewarna dimulakan di atas sekeping
kertas yang lebih besar dari saiz kertas A4. Nicker Poster Colour
yang mengandungi 30 jenis warna dalam setiap botol digunakan
untuk tujuan tersebut. Pada permukaan kertas yang dilembabkan,
warna asas dan tona warna (tone) diwarnakan terlebih dahulu
dengan menggunakan berus warna bersaiz besar kemudian menggunakan
berus bersaiz kecil untuk tujuan mengemaskan hasil kerja lukisan
sedikit demi sedikit.
Garisan lurus juga diwarnakan dengan menggunakan kaedah berus
tangan dan pembaris atau alatan tertentu sebagai panduan. Semburan
warna (paintbrush/airbrush) jarang digunakan dan hanya sekadar
untuk menonjolkan atau memberi sedikit kesan khas (effect) pada
lukisan tersebut. Bagaimanapun, kebanyakkan pewarnaan lakaran
lukisan dilakukan sepenuhnya menggunakan berus warna.
 |
| Model untuk filem Jin-Roh |
Alat pengering rambut (hair-dryer) turut digunakan untuk tujuan
pengeringan lakaran lukisan sekiranya diperlukan. Bergantung
pada projek animasi yang dilakukan, berbagai jenis gaya dan
teknik pewarnaan diperlukan dalam lakaran latarbelakang supaya
kelihatan tampak lebih realistik dan ada daya tarikan seni yang
lebih hidup.
Sekiranya mereka tidak diberikan tugasan untuk projek yang lain,
mereka menggunakan peluang itu sebaik mungkin dengan berkunjung
ke perpustakaan yang disediakan di studio. Terdapat berbagai
jenis buku rujukan seperti pemandangan alam semulajadi dan photo
bergambar yang sesuai sebagai rujukan. Dengan cara ini, sedikit
sebanyak turut membantu mereka untuk mencipta teknik lakaran
baru, pengolahan pelbagai warna dan ekspresi pencahayaan dalam
kerja-kerja lakaran lukisan mereka.
Filem Animasi Jin-Roh: The Wolf Brigade
Filem Jin-Roh merupakan filem terbitan Production I.G yang dikatakan
adalah filem terakhir yang menggunakan sepenuhnya kaedah pembikinan
animasi cara tradisional cel-animation. Skrip cerita asal ditulis
oleh pengarah GITS (Ghost In The Shell), Mamoru Oshii (GITS,
Avalon) dan Hiroyuki Okiura sebagai pengarah untuk filem tersebut
yang juga pernah bertugas sebagai pereka watak (character designer)
dan key-animator untuk animasi GITS.
 |
| Jin-Roh : The Wolf Brigade -
1999 - Production I.G |
Tempoh penghasilan filem Jin-Roh mengambil masa selama 2 tahun
untuk disiapkan. 900 lukisan latarbelakang diperlukan yang menampilkan
ciri-siri rekaan kualiti yang kaya dengan sentuhan seni dan
dipantau sendiri oleh Hiromasa Ogura. Sebagai seorang pengarah
untuk filem Jin-Roh, Hiroyuki Okiura sekali lagi turut terlibat
sebagai key-animator, rekaan watak dan artis storyboard untuk
filem Jin-Roh yang terdiri daripada 600 muka surat dan lebih
kurang 3000 lakaran disediakan.
Ketika
Tayangan Perdana Jin-Roh
Pada 16 Jun 1999, sebagai seorang pemerhati dari luar Jepun,
Huitila diberi keistimewaan hadir bersama ke tayangan prebiu
filem animasi Jin-Roh yang dikendalikan oleh pihak Production
I.G. Ketika di sana, wakil-wakil dari kumpulan media, Manga
Entertainment dan Bandai Visual turut hadir untuk tujuan yang
sama. Tayangan itu diadakan di panggung 20th Century Fox berdekatan
Roppongi.
Filem BLOOD: The Last Vampire
Blood The Last Vampire merupakan filem pendek dengan tempoh
tayangan selama 50 minit yang mengunakan kaedah pembikinan animasi
secara digital. Bagaimanapun proses pembikinannya seringkali
tertangguh dan kini masih lagi dalam proses produksi (ketika
lawatan Huitila). Pengarah untuk filem tersebut diarahkan oleh
Hiroyuki Kitakubo yang juga bertanggungjawab sebagai seorang
pelukis/artis untuk storyboard B:TLV. Rekaan watak pada asalnya
dilukis oleh seorang pelukis manga sambilan untuk manga "X".
 |
| Blood the Last Vampire - 2000
- Production I.G |
Disebabkan lakaran asasnya agak kurang memuaskan, menyebabkan
keseluruhan lakaran itu perlu dilukis semula. Terdapat 666 pengambaran
dilakukan untuk filem Blood dan 30 key-animation digunakan.
Penggunaan perisian 3D membolehkan mereka merakam pelbagai sudut
kamera sekaligus kerja-kerja yang dilakukan secara 3D lebih
banyak dimanfaatkan semasa proses produksi untuk filem Blood.
Credit to:
- Kristian A. Huitula (original author)
- Production I.G
|
| |
|
|
|
|