DISEBALIK ISTILAH NAMA ANIME
Satu Pengenalan

Maksud ANIME (ah-ni-may)?

Sebelum perkataan 'anime' diguna pakai secara global, pada asalnya ia disebut 'animeshon' (sebutan Jepun) yang meminjam perkataan bahasa Inggeris 'animation' (dalam bahasa Melayu disebut animasi). Selepas industri animasi Jepun mula berkembang pesat ke peringkat antarabangsa (international), mereka mula menggunakan perkataan 'Japanimation' yang mewakili animasi buatan dari Jepun sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an.

Dalam awal tahun 1990-an, perkataan Japanimation semakin hari semakin tidak lagi diguna pakai sehingga pada pertengahan tahun 1990-an, perkataan tersebut mula lenyap dari sebutan peminat/penonton animasi Jepun seluruh dunia. Akhirnya, perkataan 'anime' yang pada asalnya hanya disebut oleh orang-orang Jepun mula diguna pakai dan diterima secara umum/global oleh peminat-peminatnya. Oleh itu perkataan 'ANIME' secara rasminya adalah 'trademark' yang mewakili segala jenis animasi buatan atau berasal dari Jepun.


Selain perkataan 'anime', terdapat beberapa perkataan Jepun lain mula diguna pakai sebagai sebutan rasmi yang mewakili karya atau kerja kreatif dari Jepun. Antaranya, komik disebut 'manga', pelukis komik disebut 'manga-ka', pelakon suara disebut 'seiyu' dan robot atau mesin gergasi disebut 'mecha'. Percaya atau tidak, itulah perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh semua orang samada untuk kegunaan rasmi ataupun tidak rasmi.

Siapa Yang Memperkenalkan Anime?

Secara umumnya, industri pembikinan animasi dipelopori oleh orang barat iaitu U.S.A (United State of America). Persoalannya, siapa yang memperkembangkan industri animasi di Jepun sehinggakan ia disebut sebagai 'ANIME' diseluruh dunia. Industri animasi Jepun mula dihasilkan selepas perang dunia kedua (WWII) dan orang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah 'Osamu Tezuka' yang juga dikenali sebagai pelopor dan diberi gelaran 'Bapa Manga dan Anime' oleh peminat-peminat manga dan anime.


Beliau (Osamu Tezuka) amat meminati karya-karya keluaran Walt Disney dan mula mempelajari pembikinan animasi secara berperingkat-peringkat. Antara animasinya yang berjaya sekitar tahun 1960-an dan sentiasa dikenali sehingga kini seperti anime Astro Boy dan Kimba: The White Lion.

Info lebih mengenai Osamu Tezuka sila ke [ Web Rasmi ][eng]
Osamu Tezuka [ wikipedia ][eng]

Benarkah, Anime Hanya
Tontonan Kanak-Kanak Sahaja?

100% Tidak Benar sama sekali.

Kita semua sudah maklum, sekiranya sesuatu rancangan kartun atau animasi atau apa sahaja sebutannya, ada sesetengah orang mengatakan itu adalah hiburan untuk kanak-kanak sahaja. Sebenarnya, segala jenis animasi buatan Jepun terdapat pelbagai tema yang dipersembahkan atau dipertontonkan oleh kita semua. Tidak kira tua atau muda, perempuan atau lelaki dan remaja atau kanak-kanak.

Anime yang dibikin/dibuat adakalanya ada yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak seperti animasi yang memaparkan aksi/babak seram, kejam dan darah yang terpercik atau ganas, penyiasatan yang memeningkan dan lain-lain yang diklasifikasikan sesuai untuk tontonan orang dewasa. Ambil contoh lain, anda semua sedang menonton filem peperangan seperti Saving Private Ryan atau Fredy Kruger. Bayangkan filem tersebut adalah versi anime/animasi tanpa mengubah sebarang jalan cerita.


Untuk pengetahuan anda semua, industri animasi Jepun (anime) merupakan salah satu punca sumber ekonomi negara mereka dan menonton anime menjadi salah satu budaya hiburan santai oleh penduduknya. Kemudian populariti anime mula berkembang begitu luas sekali sehingga ke negara-negara besar dan berpengaruh seperti U.S.A dan England. Berbagai jenis perjumpaan, aktiviti atau konvensyen diadakan di sana.

Apa Pilihan Tema Yang Ada Pada Anime?

Jika dibandingkan dengan animasi keluaran orang Barat, tidak begitu banyak tema animasi yang boleh kita tonton. Anime? Bolehlah dikatakan segala jenis tema animasi yang boleh kita pilih bergantung pada mood dan minat seseorang penonton. Antaranya yang dikenal pasti dan antara yang paling TOP...

Space Opera Anime - Space Battleship Yamato (1974), Captain Harlock (1978), Macross (1982), Gunbuster (1988), Crest of the Stars (1999).

Giant Robot/ Mecha Anime - Mazinger Z (1972), Mobile Suit Gundam (1979), Patlabor (1983), Fullmetal Panic (2002)

Sci-fi Anime - Akira (1988), Ghost in the Shell (1995), Cowboy Bebop (1998), FLCL OVA (2000)

Fantasy Anime - Dragon Quest (1989), Record of the Lodoss War (1990), Inuyasha (2000), The Vision of Escaflowne (1996).

Horror Anime - Wicked City (1987), Blood: The Last Vampire (2000), Vampire Hunter D: Bloodlust (2000), Hellsing (2002).

Samurai-era Anime - Ninja Scroll (1995), Samurai X (1996), Samurai Deeper Kyo (2002), Samurai Champloo (2004).

Romance Anime - Maison Ikkoku (1986) His & Her Circumstance (1998) Victorian Romance Emma (2005).

Harem Anime - Tenchi Muyo (1991), Love Hina (2000).

Comedy Anime - Urusei Yatsura (1981), Dr. Slump (1981), Excel Saga (1999), Azumanga Daioh (2004).

Drama Anime - Perfect Blue (1997), Revolution Girl Utena (1997), Serial Experiment Lain (1998), Millenium Actress (2001).

Sport Anime - Captain Tsubasa (1983), Slumdunk (1993), Initial D (1998), Hikaru No Go (2001).

Children Anime - Panda Go Panda (1972), Doraemon (1979), Anpanman (1988) Pokemon (1997), Hamtaro (2000).

Contemporary Classic - Bleach (2004), Howl's Moving Castle (2004), Samurai Champloo (2004), Steamboy (2004).

...dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin tahu lebih lagi mengenai anime yang disebutkan di atas ataupun tidak disenaraikan. Silalah melayari ke laman web di dibawah ini :


Pautan:

- Anime News Network
- AnimeNfo
- Absolute Anime
- Manga Jouhou

Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative
Works 2.5 Malaysia License.
 
PuteraNiME.com does not claim to own any picture above.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.