ANIME DI U.S: SATU CABARAN BUAT PEMINAT - Bhg. 3
PUTERANiME Buletin Daioh! - Edisi 00 01/02/2007

KEGAGALAN DILUAR DUGAAN

Akhirnya pada tahun 1982, studio animasi Jepun itu sudah mula menyedari bahawa mereka percaya produk anime tidak mungkin akan mendapat sambutan menggalakkan di Amerika. Kali terakhir mereka cuba mempromosi produk anime mereka, telah dilakukan oleh wakil dari Toei Animation iaitu cubaan menjual filem anime pertama mereka, Galaxy Express 999 kepada beberapa buah syarikat perfileman terkenal di Amerika.

Ketika itu, wakil Toei Animation sekali lagi memerlukan khidmat bantuan dari ahli-hli C/FO dengan menyuruh mereka mempelawa beberapa wakil studio di Hollywood untuk datang menonton tayangan perdana mereka di Burbank, tidak jauh dari studio Warner Bros. Namun, tidak ada seorang pun wakil-wakil dari studio Hollywood yang datang ke tayangan perdana itu.

Menjelang akhir tahun itu, Toei Animation terpaksa menjual anime Galaxy Express kepada sebuah studio yang tidak begitu popular malahan telah menjadi mimpi buruk kepada Toei Animation iaitu New World Pictures. Mereka telah mengubah kandungan asal Galaxy Express dengan sewenang-wenangnya sehinggakan siri itu semakin rosak dan tidak diminati oleh penonton terutama golongan kanak-kanak.

Toei Animation ketika itu berasa begitu kecewa dan sangat hampa dengan kegagalan yang mereka alami ketika di Amerika. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menutup sementara pejabat cawangannya di Amerika dan kembali ke Jepun semula. Toei Animation sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli C/FO kerana bantuan dan pengorbanan mereka selama ini demi memperluaskan lagi promosi anime di Amerika.

Dalam tahun 1987, sebuah syarikat Jepun iaitu Gaga Communication yang juga salah satu kumpulan syarikat pemasaran filem dan TV terkenal di Jepun yang mempromosi pelbagai jenis produk filem terbitan negara Jepun. Pada tahun itu juga, mereka sedang mengadakan tayangan promosi semasa acara konvensyen komik di Los Angeles. Mereka ingin mempromosikan beberapa filem dan siri anime video (OVA) seperti Guyver dan Wicked City.

Antara langkah awal yang cuba mereka lakukan untuk mempromosikan produk mereka dengan mengundang beberapa wakil dari studio Hollywood untuk sama-sama menonton bersama kumpulan peminat yang lain. Mereka berharap dengan cara ini dapat membantu memberi sedikit minat di kalangan wakil-wakil studio itu dengan menyaksikan sendiri betapa ramainya peminat remaja yang menonton siri kegemaran mereka. Bagaimanapun, kaedah itu juga turut menemui kegagalan.


STREAMLINE PICTURES - HARAPAN
TERAKHIR UNTUK ANIME

Pada tahun 1988, Gaga Communication hanya berjaya menjual siri Wicked City kepada Streamline Pictures yang ketika itu adalah sebuah syarikat pertama yang mengedarkan produk anime di Amerika.

Streamline Pictures juga merupakan syarikat pengedar anime alihsuara bahasa Inggeris pertama yang ditubuhkan oleh Carl Macek dan Jerry Beck. Macek dan Beck sememangnya sudah lama mengetahui tentang Gaga Communication dan juga mengenai anime. Mereka juga berharap boleh terus berurusniaga selalu dengan Gaga Communication di Amerika.

Patten mengenali Macek sejak tahun 1980an dan kebetulan Macek juga adalah seorang peminat anime ketika itu, sama seperti Patten dan Macek sendiri merupakan penerbit utama siri anime Robotech (Macross). Dengan semangat untuk mempopularkan dan memperluaskan pasaran anime di Amerika, Patten diundang untuk bekerja di Streamline pada tahun 1990an.

Sejak penubuhan Streamline dan penglibatan Patten dalam syarikat itu, pasaran anime mula berkembang sedikit demi sedikit di Amerika Syarikat dan kini pasaran anime berjaya menambat hati peminat-peminat anime di seluruh dunia.

>> Tamat... | Bhg. 1 | Bhg. 2 | Bhg. 3 |


Pautan :


- Toei Animation
- Tatsunoko
- TMS Entertainment
Robotech
Buletin Daioh! 00

Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative
Works 2.5 Malaysia License.
 
PuteraNiME.com does not claim to own any picture above.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.