Semua video klip (trailer/promo) yang dipaparkan di sini sudah pun ditonton oleh saya sendiri untuk dikongsi bersama dengan peminat/penonton anime yang lain samada yang sudah lama mengenali animasi dari Jepun ataupun yang baru "cuba try" menonton anime. Selamat Menonton~ desu -nehhh... ^_^;

Untuk menonton klip video secara "streaming", anda digalakkan menggunakan talian internet Broadband atau DSL 500Kb dan ke atas atau anda juga boleh muat turun klip tersebut :
 
[ DOWNLOAD ]

Anime, Kini dan Selamanya
Adakah anda terasa ingin mengubah citarasa menonton anime anda? Inginkan sedikit kelainan dan mahukan sedikit perubahan. Asyik-asyik layan Naruto, Gundam dan Dragonball... semacam terlalu biasa sangat untuk ditonton. JOM!! cuba layan siri anime di bawah ini, mungkin anda pasti tertarik hati untuk menontonya :

The Karas OVA
Siri anime mengenai pertarungan (fighting) yang cukup mantap dan memberansangkan serta gabungan teknik 3d/CGI dalam pembikinan animasi The Karas mampu menarik perhatian penonton untuk terus menonton.

Yakitate!! Japan
Cerita mengenai memasak!! Bila sebut memasak, pasti anda akan terbayang anime sedemikian semacam tidak menarik. Selagi anda tidak layan siri Yakitate!! Japan, sila jangan fikir yang bukan-bukan terlebih dahulu. Cuba layan dulu... anda pasti teruja.

Read Or Die OVA
Sekiranya anda minat cerita ala-ala James Bond, Avanger ataupun filem Van Hellsing dan The League of Extraordinary Gentlement. Anda pasti suka dengan siri ini.

Chrono Crusade
Siri anime ini kelihatan seperti terlalu antik dan perlu diingatkan siri ini ada unsur keagamaan dan politik... sekiranya anda tidak kisah mengenainya dan menganggap cerita sedemikian hanya untuk tujuan hiburan semata-mata, anda dipersilakan menontonnya.
 
Klasifikasi : 18SG / MPAA R-17+   The KARAS - OVA
Karas terdahulu telah dibunuh oleh Ekou. Ekou juga adalah seorang Karas yang kini berubah menjadi karakter jahat. Ekou bersama beberapa pembantu setianya (Youkai) telah melakukan kemusnahan dan pembunuhan terhadap manusia. Untuk menghalang perbuatan jahat mereka, Karas baru perlu dipilih dan melaksanakan tugas Karas yang terdahulu. Yurine bertindak memilih Otoha sebagai Karas yang baru untuk menghalang perbuatan mereka...
 
[Baca Lagi]    
Tahun keluaran : 2005 - 2006    
Laman web rasmi : Tatsunuko's    
     
Klasifikasi : U / MPAA G   Yakitate!! JAPAN
Azuma Kazuma bukan seorang budak yang hebat dan pandai, tapi dia mempunyai kebolehan dalam pembuatan roti. Sejak kecil lagi, Azuma bercita-cita untuk memperkenalkan roti ciptaanya yang akan mewakili roti buatan dari Jepun. Selepas tamat persekolahan, Azuma berhijrah untuk mencuba nasib di sebuah gedung membuat roti, Pantasia dan berharap impiannya menjadi satu kenyataan. Namun...
 

[streaming video]
[Baca Lagi]    
Tahun keluaran : 2005 - 2006    
Laman web rasmi : Yakitate-Japan    
     
Klasifikasi : 18SG / MPAA R-17+   READ OR DIE - OVA
Yomiko Readman adalah agen rahsia dengan gelaran "The Paper" yang bertugas di sebuah organisasi rahsia The British Library. Gelaran The Paper diberikan kepadanya kerana Yomika mempunyai kebolehan memanipulasi sebarang jenis kertas termasuk mengubah sifat kertas menjadi sekeras besi. Kini, Yomiko telah diberi tugasan yang akan menentukan masa depan manusia sejagat. Yomiko perlu mendapatkan semula buku misteri yang dikatakan mampu memusnahkan dunia...
 

[streaming video]
[Baca Lagi]    
Tahun keluaran : 2001 - 2002    
Laman web rasmi : Sony Music    
     
Klasifikasi : 18SG/ 18PL/ MPAA R-17+   CHRONO CRUSADE
Kisah berlaku di kota New York, U.S.A sekitar tahun 1928. Sebuah kota yang kaya dengan sumber ekonomi dan tidak terlepas dengan kewujudan kuasa luar biasa dan unsur kejahatan. Magdalene Order, salah satu organisasi yang ditubuhkan untuk menghalang kuasa-kuasa tersebut yang dibantu dua orang pegawainya yang berkaliber Rosette Christopher dan pembantunya Chrono berusaha untuk menghapuskan segala kejahatan yang tidak boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan...
 

[streaming video]
[Baca Lagi]    
Tahun keluaran : 2003    
Laman web rasmi : Madman    

Video Pilihan Tahun 2005
KING OF FIGHTERS :
The Another Day
Klasifikasi : 18SG / MPAA R-17+


[streaming video]
 

The King Of Fighters (KOF) merupakan permainan video pertarungan (fighting genre) paling popular di kalangan peminatnya di serata dunia. Kini, buat pertama kalinya, KOF telah pun dianimasikan. Mampukah siri anime KOF berjaya memukau peminat-peminatnya?

    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran : 2005 - 2006
    Laman web rasmi : Show Time : KOF
     
ROZEN MAIDEN Klasifikasi : U / MPAA G


[streaming video]
 
Suatu hari, Jun Sakurada terjumpa laman web aneh yang menyuruhnya mengisi borang langganan kemudian disimpan ke dalam laci. Pada mulanya, Jun merasakan itu hanya satu gurauan apabila borang tersebut hilang sekaligus menerima barang yang dipesan Jun. Alangkah terkejutnya Jun apabila barang yang diterimanya adalah sebuah patung antik yang bernyawa...
    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran : 2005
    Laman web rasmi : TBS Broadcast

Mecha Pilihan Webmaster
GaoGaiGar : Final
the TV
Klasifikasi : 18SG / MPAA R-17+


[streaming video]
 
Selepas kemenangan kumpulan Gutsy Galaxy Guard (GGG) menentang Zonder Empire dan 31 Primeval, muncul lagi ancaman baru yang akan mengancam keamanan bumi. GGG - Guy Shishio bersama robot terbarunya, GaoFighGar akan bergabung tenaga dengan pihak Perancis, Chasseur untuk menghalang kuasa kejahatan organisasi BioNet...
    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran : 2005
    Laman web : GoshouWorld
     
GRAVION Klasifikasi : 18SG / MPAA R-17+


[streaming video]
 
Dalam tahun 2041, musuh baru yang digelar Zeravire, wujud secara tiba-tiba dalam lingkungan sistem solar dan akan memusnahkan segala hidupan dan kuasa ketenteraan yang cuba menghalang kewujudannya. Walau bagaimanapun, seorang hartawan, Klein Sandman sudah lama menyedari mengenainya dan bersiap sedia bersama kumpulan tenteranya sendiri untuk menghalang pencerobohan Zeravire ke atas planet bumi. Harapan Sandman terletak pada robot gergasi kepunyaanya iaitu Gravion...
    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran : 2002
    Laman web rasmi : Gravion - ADV Films

Oktober '05 - Anime Mesti TOP!
Antara anime-anime yang bakal TOP dikalangan peminat anime global baru sahaja disiarkan di Jepun Oktober 2005. Tak pernah dengar ke? Kalau macam tu, cuba la download beberapa klip vidoe tersebut dan tontonilah. Mungkin anda akan tertarik hati dengan anime tersebut.
     
Magical Girl Lyrical Nanoha A's Klasifikasi : U / MPAA G


[streaming video]
 
Pertemuan semula Nanoha dan Fate bukan sesuatu yang mengembirakan. Sebaliknya, beberapa orang yang menyatakan diri mereka adalah "Velka-Type Knights", ingin mencuri kuasa 'magic' milik Nanoha untuk kegunaan buku ajaib kepunyaan mereka, The Book of Darkness. Nanoha dan Fate sekali lagi disatukan untuk menghalang rancangan jahat mereka demi keamanan dunia...
    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran : 2005
    Laman web rasmi : Nanoha.Com
     
BLOOD+ Klasifikasi : 18SG / MPAA R-17+


[streaming video]
 
Otonashi Saya adalah seorang pelajar biasa yang hidup secara normal bersama keluarganya. Hanya seperkara yang menjadi satu tanda tanya kepada Saya iaitu mengenai memori pada masa lampaunya. Tidak lama kemudian, kehidupan yang aman tenteram bersama keluarga Saya bertukar menjadi satu tragedi sekaligus akan membawa dirinya mencari kebenaran tentang diri sebenar Saya...
    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran 2005 - 2006
    Laman web rasmi : Blood TV
     
BLACK CAT Klasifikasi : 18SG / MPAA R-17+


[streaming video]
 
Terdapat sekumpulan organisasi pembunuh upahan (assasins) yang dikawal oleh Chronos. Mereka semua memiliki parut berupa nombor roman pada tubuh mereka. Tapi, salah seorang ahlinya no. 13 iaitu Train yang juga dikenali sebagai Black Cat mempunyai naluri dan kebolehan seperti seekor kucing. Dia sepatutnya melakukan kerja-kerja pembunuhan, pada hakikatnya dia sendiri tidak suka melakukannya dan dia juga sudah nekad untuk meninggalkan organisasi Chronos...
    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran : 2005-2006
    Laman web rasmi : TBS Broadcast
     
MAI OTOME Klasifikasi : U / MPAA G


[streaming video]
 
'Otome', mereka adalah kumpulan wanita elit yang bertugas menjaga orang penting seperti keluarga di raja ataupun ketua pemimpin negara. Pada masa yang sama juga, mereka bertindak sebagai perujuk dan penasihat politik. Menjadi Otome adalah impian setiap budak perempuan di seluruh dunia.

Mai Otome merupakan musim kedua dari siri anime Mai Hime tapi... plot cerita dan latar tempat yang baru. Hanya karakter asal dari siri Mai Hime diguna semula untuk siri Mai Otome.
    [Baca Lagi]
    Tahun keluaran : 2005-2006
    Laman web rasmi : My-ZHiME.net
 

Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative
Works 2.5 Malaysia License.
 
PuteraNiME.com does not claim to own any picture above.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.