ANIME ERA BARU UNTUK SEMUA


Anime pada abad kini (era millenium), semakin hari semakin berkembang dari segi mutu hasil kerja pembikinan animasi samada teknik pembikinan mahupun tema atau plot penceritaan yang sentiasa sahaja berkembang mengikut peredaran semasa dan juga kehendak para peminatnya. Oleh itu, PuteraNIME-HQ akan mendedahkan beberapa anime kepada para penonton anime yang baru mengenali anime dengan lebih ringkas dan mudah difahami dengan bantuan imej bergambar (screenshot).

Anime Dengan Teknik Pembikinan
Animasinya


Kepada peminat setia anime, perkataan CGI (Computer Generated Imagery), paparan gabungan 3D/2D, teknik "toon shading" atau "cel-shading" dalam pembikinan anime sudah biasa mendengarnya. Mungkin ada juga dikalangan penonton baru tidak menyangka teknik-teknik sedemikian hanya digunakan dalam filem live-action (bukan animasi) seperti Harry Potter, Lord of the Ring, Star Wars dan lain-lain lagi filem barat turut digunakan dalam pembikinan anime.Gabungan kesemua teknik pembikinan turut memberikan impak baru untuk industri animasi Jepun sekaligus menjadikan anime yang dibikin pada masa kini semakin hari semakin dewasa. Antara contoh anime yang diberikan sentuhan gabungan kesemua teknik pembikinan seperti :


The KARAS


Director - Keiichi Satou
Script - Masaya Honda Shin Yoshida
Storyboard - Kenji Nakamura
Music - Yoshihiro Ike (Composer)
Original Concept - Keiichi Satou
Character Design - Kenji Hayama
Art Director : Hajime Satou
Animation Director - Kenji Hayama
Mechanical Design - Kenji Andou (Monster & Mecha)
Chief Writer - Shin Yoshida
Editing - Hirofumi Okuda
Executive Producer - Keiichi Satou
Monster Design - Kenji Andou
Planning - Keiichi Satou
Sound Director - Jin Aketagawa
Sound Effects - Yasuyuki Konno
Studio Animation - Tatsunoko Production

Website : The Karas Official (Jap)
Screenshot Album : The Karas



APPLESEED the Movie


Director - Shinji Aramaki
Screenplay - Haruka Handa Tsutomu Kamishiro
Music - Ryuichi Sakamoto
Original Creator - Masamune Shirow
Character Design - Masaki Yamada
Mechanical design - Takeshi Takakura
Cgi director - Yasuhiro Ohtsuka
CG Producer - Yuusaku Toyoshima
Design: Shinji Aramaki
Production: Fumihiko Sori Production

Website : Geneon Official (Eng)
Screenshot Album : Appleseed the Movie




Anime Keliling Dunia - Anime Around
The World


Secara umumnya, ada sesetengah orang berpendapat bahawa babak atau latarbelakang tempat anime sentiasa berkisar mengenai cara kehidupan rakyat Jepun. Walaupun anime berasal dari Jepun, tapi mereka (penerbit/pereka manganime) tidak membataskan cetusan idea hanya memfokuskan negara mereka sahaja. Sebaliknya mereka juga cuba mempelbagaikan lagi senario yang berlatarkan tempat di negara lain supaya animasi rekaan mereka lebih kelihatan universal di bawah satu 'trademark' iaitu ANIME. Mungkin anda (penonton baru) akan rasa teruja, betapa luasnya idea mereka. Contohnya :


VICTORIAN ROMANCE EMMA


"...In late 19th century London, William Jones, a member of the gentry, meets and falls in love with Emma, and she with him. This chance meeting overturns both their lives - for Emma is a maid, and the barriers of class and wealth stand between them..". - Anime News Network


Website : Emma-Victorian Official (Jap)
Screenshot Album : Victorian Romance Emma - TV


*Latarbelakang suasana tempat kelihatan seperti menonton filem Inggeris versi animasi. Konsep era Victorian dikekalkan asli mengikut tema yang dipersembahkan.


READ OR DIE


"...Yomiko Readman is "The Paper" a secret underground operative for the British Library with the incredible power of complete control over paper, including the ability to make it solid as steel. She is called to duty when a book that could spell the end of the world is stolen, and she must take it back. Going with two other operatives, she attempts to take it back and save the world..." - Anime News Network


Website : SONY - Read Or Die Official (Jap)
Screenshot Album : Read Or Die


*Sila perhatikan gambar-gambar dalam album tersebut. Mungkin anda boleh kenalpasti latarbelakang tempat yang mereka (karakter R.O.D) lawati seperti United State of America, Tokyo - Japan, India, China, Hong Kong, Romania dan lain-lain lagi. Anda akan merasakan diri anda sedang menonton filem James Bond.


Ada banyak lagi anime yang dibikin seperti di atas, rasanya tidak termampu untuk dinyatakan selebihnya. Oleh itu, terpulang pada citarasa anda untuk memilih anime mengikut 'mood' dan citarasa masing-masing. Jika ada sebarang pertanyaan, silalah berkunjung ke www.puteranime.com/hq untuk sama-sama berbincang mengenainya. Sekian. Selamat Menonton!

Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative
Works 2.5 Malaysia License.
 
PuteraNiME.com does not claim to own any picture above.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.