ARTIKEL SCAN MAJALAH STARZ
 
 
Majalah STARZ - www.gempakstarz.com

Mungkin ramai yang sudah tahu majalah STARZ adalah salah satu majalah bahasa Melayu dari Malaysia yang memperkenalkan industri anime dan manga kepada para pembaca samada yang baru mengenali dunia manganime ataupun yang sudah lama mengikuti perkembangan industri dan budaya dari negara matahari terbit itu (Jepun).

Walaupun tema majalah STARZ "Majalah Komik Gaya Urban", namun majalah tersebut lebih memperbanyakan isi kandungan yang memfokuskan info dan artikel mengenai industri manga dan anime. Bagi mereka yang meminatinya, ia seperti satu kewajipan untuk memilikinya walaupun hanya senaskah boleh dikira sudah memadai.

"Pada pendapat kami di Starz, dunia anime di Malaysia semakin berkembang. Cuma kekurangan pendedahan anime kepada peminat tempatan menyebabkan maklumat dan informasi terkini mengenainya agak terhad..." - jamy, STARZ No. 10

Dalam ruangan ini, beberapa 'scan' artikel yang berguna sesuai untuk rujukan. Mungkin ada sesetengah pembaca sudah lupa akan isi kandungannya. Oleh itu, dengan cara ini dapat membantu pembaca samada pembaca tetap ataupun baru berkenalan dengan majalah STARZ mencari info yang diperlukan. Rasanya, begitu sayang sekali jika tidak dihebahkan artikel yang berguna ini...

 

FANSUBS & DOUJINSHI - Suatu Alternatif
STARZ No. 07 - 15/10/2004

Dunia manganime sering dikaitkan dengan doujinshi & fansubs. Kadangkala 'mereka' dianggap sebagai peniru lantas menjejaskan industri-industri ini. Apakah sebenarnya doujinshi & fansubs ini? *artikel seterusnya...
| Scan No.1 | Scan No.2 |


MECHA KHAYALAN ANIME
oleh: faizal STARZ No. 10 - 01/12/2004

Hero khayalan berbentuk robot ini cukup sinonim dengan dunia anime dan kewujudannya boleh diibaratkan sebagai satu kegilaan peminat-peminat. *artikel seterusnya...
| Scan No.1 | Scan No.2 |


UNIK CIPTA IDENTITI oleh: roy
STARZ No. 13 -15/01/2005
5 Pengarah yang kini mendominasi industri anime disebabkan keunikan tersendiri. Satoshi Kon, Shinichiro Watanabe, Maeda Mahiro, Koji Morimoto dan Makoto Shinkai. *artikel seterusnya...
| Scan No.1 | Scan No.2 |

OTAKU - Obsesi Manga & Anime oleh: zaxx
STARZ No. 15 -15/02/2005
Mereka bertindak mengumpul koleksi-koleksi manga/anime bagi memenuhi kepuasan memiliki manga/anime yang digemari. Mereka digelar otaku! Apa & siapa sebenarnya otaku ini? *artikel seterusnya...
| Scan No.1 | Scan No.2 |

SUPER DEFORMED & CHIBI - Pelik Tetapi Unik
oleh: faizal STARZ No. 17 -15/03/2005
Pasti khalayak pernah melihat karakter-karakter anime kesukaan mereka bertukar bentuk kepada fizikal yang lebih kecil, comel & montel. Stail karakter seperti ini dinamakan Super Deformed/SD & Chibi; stail unik yang menjadikan sesebuah anime bertambah menarik untuk ditonton. Apakah sebenarnya SD & Chibi ini? *artikel seterusnya...
| Scan No.1 | Scan No.2 |

KISHIMOTO MASASHI - Realisasikan Impian
oleh: roy STARZ No. 17 -15/03/2005
Beliau pernah berhenti melukis untuk bermain besbol namun poster Akira telah menguatkan tekadnya untuk bergelar mangaka. Kini, beliau menawan dunia dengan manga NARUTO *artikel seterusnya...
| Scan No.1 | Scan No.2 |

PROJEK JEJAK TOKYO - Pelancongan Anime & Manga
oleh: fey STARZ No. 29 -15/09/2005
Tokyo mempunyai koleksi anime & manga yang paling menakjubkan di Jepun! Sebagai pusat perniagaan, Tokyo dilengkapi dengan pelbagai kemudahan; ini memudahkan aktiviti perkembangan serta penyebaran budaya baru. Kini, Tokyo merupakan ibupejabat pasaran anime & manga Jepun *artikel seterusnya...
| Scan No.1 | Scan No.2 |

PuteraNiME.com does not claim to own any picture above.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.