Anda ada masalah untuk kirim fail penting kepada kawan atau keluarga anda. Lebih-lebih lagi fail yang dikirim saiznya melampau besar misalnya antara 50mb - 100mb. Dalam era internet yang semakin hari semakin canggih, terdapat begitu banyak sekali perkhidmatan simpanan fail secara online yang tumbuh macam cendawan lepas hari hujan... hehehe... ^_^; Boleh untuk untung ke? Entah!!

Oleh itu, saya senaraikan beberapa perkhidmatan laman web yang saya selalu gunakan untuk tujuan penyimpanan fail. Semua senarai perkhidmatan hosting fail adalah percuma dan bagusnyerrr...
Servis Simpanan/Kongsi Fail
Laman Web Servis Komen
Simpanan dan Kongsi Fail
Rapidupload

- 300mb per file
- No limit bandwith
Tempoh simpanan selama 30 hari jika fail tersebut tidak dimuat turun atau tidak aktif.

Tempoh upload dan download yang memuaskan (bergantung pada talian internet anda). Tiada download limit (unlimited) dan paparan laman web begitu kemas dan mesra pengguna walaupun servis mereka "free".
     
Rapidshare - 100mb per file
- No limit bandwith
Tempoh upload dan download yang memuaskan dan sentiasa memperbaiki servis sedia ada samada untuk kegunaan percuma ataupun pemilik akaun berbayar.

Jumlah download yang terhad untuk akaun percuma dan perlu menunggu beberapa minit/saat untuk memulakan muat turun.
     
Gambar dan Imej Grafik
Photobucket - 512kb per pic.
- 50mb space
- 2.5gb bandwith
Servis yang bagus dan sentiasa "up-to-date" malahan mendapat pujian ramai daripada penerbit majalah komputer di barat.
     
Imageshack - 1mb per pic.
- No limit bandwith
- No limit storage
Sangat bagus untuk kegunaan para forumer dan web blogger yang suka sangat nak show off wallpaper yang cantik sampai pecah "layout" website. Fungsi "thumbnail" dalam servis mereka dapat menggurangkan gejala... err... maksud saya memecahkan layout website supaya kelihatan lebih kemas jika dipaparkan.

Servis mengubah saiz gambar atau imej turut disediakan untuk kemudahan pengguna.
     
My Filestash - 2mb per pic
- 25mb space
- 2gb bandwith
Fungsi dan juga servis yang disediakan sama seperti Imageshack dan yang penting sekali fungsi dan coding untuk "thumbnail image view".
     
Video/Audio Streaming
Video Google - free
- No limit
Masih diperingkat Beta tapi servis streaming yang sangat bagus dan tempoh masa loading cukup memuaskan (bergantung pada talian internet anda).

Perlu melalui proses "verify", yang mungkin akan memakan masa beberapa hari untuk video anda dipaparkan dalam website google. Itupun sekiranya video anda dibenarkan untuk tayangan.

Semua file yang di"upload" boleh dimuat turun (download).
     
YouTube - 100mb
- No limit space
- No limit bandwith
Streaming video yang begitu popular dikalangan pengguna internet. Tapi, loading streaming kadang-kadang cepat dan lambat. Tempoh upload file agak cepat dan memuaskan tapi... kalau loading streaming? Pelik betul.
     
Stage6 - No limit space
- No limit bandwith
Inginkan kualiti streaming video pada tahap superb... cubalah yang ini.