LUCKY STAR - Comic Strip (BM)
Pada korang yg sudah pun melayan anime LUCKY STAR terbitan Studio Kyoto Animation (Full Metal Panic!, Suzumiya Haruhi no Yutsuu, Kanon 2006), tapi... masih ingin membaca komik (manga) LS. Dengan perasaan ingin berkongsi pembacaan dengan peminat/penonton anime manga Malaysia... manga LS telah pun diterjemahkan sendiri oleh seorang rakan kita di forum Komuniti Penonton Anime Malaysia - PuteraNiME-HQ dalam bahasa Melayu. Siri anime LUCKY STAR diadaptasi dari sebuah komik strip 4 panel menegak karya Kagami Yoshimizu. Klik untuk membaca ---[ Masuk/ENTER ]
Posted on 01 May 2007 by iruganiisan
PuteraNiME-HQ OPEN STORY PROJECT
Setelah mendapat kata putus dari beberapa ahli tetap P-HQ... bermula pada April 2007 yang lalu... pihak pengurusan P-HQ dengan rasa sukacitanya meluluskan aktiviti sesama ahli komuniti dalam memperkayakan dan memperbanyakkan lagi karya-karya penulisan kreatif khas daripada peminat untuk peminat. Untuk maklumat lanjut... sila klik pautan di bawah : [ Masuk/ENTER ] Terima Kasih dan Selamat Berkarya!
Posted on 01 May 2007 by iruganiisan
Buletin DIAOH! 2007
Baca buletin ni... dia punya feeling ...huh~ macam makan durian wooo~ dia punya taste. Serius aku cakap korang. Tak caya... cuba la download dulu : Kepada yang baru nak mengenali dunia anime/manga... koranglah sasaran utama pembaca kami. Bertuah korang... sbb bleh baca free. Mereka2 dah otai tu... bleh la~ kasi pinjam kat kawan korang yg baru je nak test2 layan anime ni. SELAMAT MEMBACA -su  ...dan jugaaa, SELAMAT TAHUN BARU CINA 2007 Kepada seluruh warga PuteraNiME-HQ yang akan menyambutnya dengan meriah nanti dan juga kpd seluruh rakyat Malaysia... tidak kira di mana jua anda berada terutama peminat anime dan manga kat Malaysia ni.
Posted on 09 Feb 2007 by iruganiisan
O.C.T 2006 - ORANGE CUP TOURNAMENT 2006
Dengan rasminya... aktiviti "Orange Cup Tournament 2006 : The Malaysian Vote Top Anime TV Choice" dibuka secara rasminya kepada seluruh penonton anime di Malaysia. Jom undi~ -su! p.s: Sila maklumkan juga kepada rakan-rakan anda  ...tentang aktiviti ini.
Posted on 06 Jan 2007 by iruganiisan
SELAMAT HARI RAYA HAJI & TAHUN BARU
SELAMAT HARI RAYA HAJI ...dan Saya bagi pihak rakan-rakan di PuteraNiME-HQ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru... tahun 2007 ini buat rakan2 komuniti di P-HQ dan juga seluruh rakyat di Malaysia. -------------------- Masyarakat kat Malaysia... cuti Tahun Baru 2007 ...wat aktivti apa? Sila klik link utk baca topik -----[ Topik 2007 ]
Posted on 31 Dec 2006 by iruganiisan
SELAMAT HARI KRISMAS 2006
Saya bagi pihak rakan-rakan di PuteraNiME-HQ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas buat rakan komuniti yg menyambutnya dan juga kpd. seluruh rakyat Malaysia pada tahun ini... 25 Disember 2006. Nak hantar e-card Xmas versi P-HQ? Sila klik link utk hantar -----[ PHQ Xmas e-Card ] MERRY CHRISTMAS 
Posted on 24 Dec 2006 by iruganiisan
<< Previous 1 2 3 4 5 6 7 Next >> |