Selamat Datang | Welcome
P-HQ Emblem  
THE HEADQUARTER - HQ
"...Setiap orang tidak mungkin mendapat apa saja tanpa mengorbankan sesuatu. Di sini, di Pusat Ibupe
jabat, masih terdapat kumpulan yang rela membuat pengorbanan tersebut, demi keamanan sejagat..."

[ FORUM-HQ ]
 
Kelab Mini Komuniti Malaysia
Selamat Hari Kebangsaan 31 OGOS 2006
Saya... bagi pihak PuteraNiMe-HQ dan rakan-rakan seperjuangan sekalian ingin mengambil kesempatan ini... mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-49 bermula 31 Ogos 2006 ini. Semoga negara kita... Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai + sentosa.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

PuteraNiME-HQ


...30 Ogos 2006, mesti korang gi lepak memana ni... --kan?
Topik : Hari Kebangsaan ke-49 - 2006


smile wink
Posted on 17 Aug 2006 by iruganiisan
FORUM ---Berjaya Diaktifkan
FORUM-HQ sudah berjaya diaktifkan... cuma... tidak pasti lagi setakat mana kebolehan guna fungsi forum itu boleh berjalan dengan lancar. Memandangkan berlakunya kepayahan yang menyebabkan beberapa pengubahsuaian terhadap maklumat "database" untuk memudahkan proses baik pulih perlu dilakukan. Oleh itu... masalah kepincangan/error perlu dipantau.

Sekian.
Yang benar - Yuki Nagato.

---

Aku pulak... smile
Kalo korang nak lawat... atau try post apa-apa pun... silalah ke :
http://www.puteranime.com/hq

Mungkin forum ni tidak akan ramai pengunjung buat masa ini... lagipun forum ni "down" terlalu lama... aku harap... kepada sesiapa saja mengenali P-HQ dapat memeriahkan lagi suasana forum itu. Terima Kasih.

p.s :
"signature banner ditutup" (disable)... sebagai ganti
...korang bleh gunakan remote linking avatar bersaiz 100x100
gomen-neh~ wassat
Posted on 03 Aug 2006 by iruganiisan
Masalah "Restore" Forum-HQ
Aku dah hilang akal dah... backup forum yang lama tu masih juga tidak berjaya dimasukkan. Bermacam cara... bermacam guide... bermacam tutorial dirujuk. Masih gak tak bleh restore. Tanya pihak hosting... pasti disuruh pula ke laman web tuan punya perisian tu.

Aku masih lagi fikir jalan penyelesaian. Tapi... kadang2 terasa gak bosan nak fikir semua tu. Patutnya... benda senang bertambah senang... jadi benda susah pulak.

PuteraNiME-HQ

Hampir sebulan lebih asyik fikir benda tu je... crying
*termenung*
Posted on 27 Jul 2006 by iruganiisan
Projek Haruhi Suzumiya Sub-BM 2006
Mungkin ada yang belum tahu mengenai ini... saya mewakili p-HQ bersama beberapa ahli SaiyaMan.info sedang... errr... ingin cuba menyediakan sarikata versi Bahasa Melayu untuk anime Melancholy of Haruhi Suzumiya.

Mungkin disebabkan begitu minat dengan siri MHS ini dan kebetulan pula p-HQ telah pun menggunakan tema anime Melancholy of Haruhi Suzumiya sejak p-HQ terhenti seketika beberapa hari yang lalu. Timbulnya idea ini kerana satu sebab iaitu memberi peluang kepada penonton yang kurang mahir dengan bahasa Inggeris supaya boleh memahaminya dengan mudah... sekaligus dapat dikongsi bersama dengan semua orang.

Diharap dengan pendekatan ini... penonton setia anime akan bertambah ramai lagi di negara kita... dan diharap juga industri animasi di negara kita mampu bersaing dengan mempertingkatkan mutu kerja animasi setanding negara lain terutamanya Jepun dan sedikit terutama... US. tongue

Oh lupa... sekadar peringatan... projek ini bukannya bermaksud sebuah kumpulan Fansub BM telah diwujudkan. Ianya sekadar membuatnya kerana minat ingin buat sahaja.

Berminat versi ini... dozo-----[ MUAT-TURUN ]
Posted on 14 Jun 2006 by iruganiisan
PUTERANiME-HQ ara~ ara... Tak Jadi Pindah!!
Laman web p-HQ tak jadi pindah ke server lain... memandang faktor-faktor atau isu tertentu yang sukar dijelaskan sebabnya (err... segan nak cakap... *blush*). So... kami cuba lepak dengan diaorang untuk sementara waktu. Tapi... yang pastinya tahun depan adalah penentu muktamad samada pHQ ni mesti pindah ke server lain atau tidak.

...dan tidak lupa juga kepada beberapa orang rakan yang telah membantu dan kepada anda yang telah memberi sokongan pada p-HQ... kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih.

crying
Posted on 14 Jun 2006 by iruganiisan
AMV dan MANGA-BM (update-fix)
Melancholy of (the) S.O.S Brigade
Anime Music Video (AMV) pasal S.O.S Brigade la pulak!! YA...!! aku terpengaruh skit ngan anime "Melancholy of Haruhi Suzumiya". Takde la sampai nak menari-nari para-para sakura. Sesape yg blom layan atau sedang dlm perancangan nak layan... AMV yg aku buat ni lebih ke arah sinopsis cara express je.... hehehe...

nak layan kejap... pegi kat ruangan AMV -----[ A.M.V ]


Baca Manga Online
Kalo dulu korang mesti muat-turun dulu kalau nak baca... sekarang kami dah jumpa satu program yg telah memudahkan kami publish manga terjemahan bahasa Melayu. Lagipun tak risau sangat kalo server hosting down pun... sbb tak perlu guna database. Harap dgn cara ni lebih mesra pengguna kpd. pembaca. -yay!!

nak baca... pegi kat ruangan MANGA-BM -----[ MANGA-BM ]

wink
Posted on 18 May 2006 by iruganiisan

<< Previous 1 2 3 4 5 6 7 Next >>

Content Management Powered by CuteNews


Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative
Works 2.5 Malaysia License.

PuteraNiME.com does not claim to own any picture above
.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© 2007-2008 PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.