Kebanyakan sekolah di Jepun, daripada sekolah-sekolah
tinggi dan rendah sehinggalah ke peringkat universiti akan mengadakan
satu acara tahunan dikenali sebagai Festival Kebudayaan ( bunkasai)
yang mana pelajar-pelajar mereka akan mempamerkan segala pencapaian
mereka setiap hari.
Mereka yang ingin memasuki sekolah itu sendiri atau begitu berminat
dengan sekolah itu akan datang dan melihat sendiri kerja-kerja
sekolah dan merasai suasana sekelilingnya. Ibubapa pelajar tentu
akan turut sama hadir untuk melihat kerja-kerja yang dilakukan
oleh anak mereka ketika di sana.
Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang datang ke festival itu
hanya sekadar untuk bergembira dan berpesta. Makanan akan disediakan,
bilik darjah atau bilik pendidikan jasmani diubahsuai untuk
sementara menjadi sebuah restoran atau kedai kopi. Tarian, konsert,
tayangan filem dan persembahan teater yang dikendalikan oleh
kumpulan sukarelawan ataupun ahli-ahli kelab sekolah masing-masing
seperti Kelab Tarian, Kelab Pancaragam, Kelab Drama dan Kelab
Orkestra.
Pesta ini juga bukan sahaja diadakan di dalam bangunan sekolah
malahan ia turut diadakan di luar bangunan sekolah bagi memeriahkan
lagi suasana Festival Kebudayaan. Antaranya seperti mendirikan
gerai-gerai terbuka yang mengandungi warung makanan dan minuman,
permainan, hiburan, promosi dan lain-lain lagi. Kesemua itu
dikendali sendiri oleh pelajar sukarela atau ahli-ahli kelab
sekolah mereka.
Festival Kebudayaan sepatutnya adalah majlis yang mengembirakan.
Namun, ianya juga adalah peluang sekali setahun untuk pelajar
melihat sendiri suasana sekeliling di sekolah yang lain sekaligus
sebagai tempat dan cara untuk masyarakat setempat berkomunikasi
dengan semua orang.
|