|
Gadis atau wanita tradisional Jepun, siapa
mereka dan apa keistimewaan mereka dalam masyarakat Jepun sehinggakan
segelintir masyarakat dari negara lain mula terpengaruh dan
tertarik dengan adab sopan yang ditunjukkan oleh wanita ini.
 |
| Shakugan no Shanatan |
Dalam banyak forum dan juga beberapa laman
web (anime) yang saya lawati, tidak kira samada penulis/pengirim
dari negara benua Amerika, Eropah, Asia malahan negara kita
(Malaysia) sendiri pun, kadangkala saya terbaca beberapa kiriman
atau artikel yang menarik dibaca dan begitu ikhlas sekali penyampaiannya.
Sipenulis perempuan teringin untuk berpakaian "kimono"
dan menjadi seorang wanita yang punya ciri-ciri tradisional
seperti mereka dan yang si lelaki pula, ada hati ingin mengahwini
mereka. Mungkin perkara sebegitu agak mustahil berlaku melainkan
ditakdirkan lahir atau tinggal di Jepun bertahun-tahun. Sekurang-kurangnya
ada juga orang yang menghargai dan mengenali budaya di sana.
 |
| Kyoko Fukada - Japanese Actress |
Kewujudan mereka diketahui tidak kira samada
melalui media massa, media elektronik mahupun media cetak. Malahan
filem-filem barat seperti filem Hollywood misalnya, mula menerbitkan
filem yang memasukkan elemen ketimuran (Jepun) sekaligus mendekatkan
dan memperkenalkan penonton tentang kewujudan mereka seperti
filem "The Last Samurai" dan "Geisha".
Sebenarnya, saya sendiri tidak pasti ciri-ciri sebenar wanita
tradisional yang kononya berpegang kuat pada adat, budaya dan
kesopanan seorang wanita Jepun yang sejati. Saya sendiri pun
tidak pernah pergi ke sana lagi. Tapi, melalui pemerhatian dan
pembacaan secara langsung ataupun tidak langsung, mungkin saya
boleh memberikan sedikit gambaran atau andaian mengenainya.
Misalnya...
 |
| Flower Arrangement |
Gadis/wanita Jepun terdiri daripada dua kumpulan,
iaitu wanita moden dan wanita tradisional. Wanita moden, memilih
gaya hidup moden dan kebaratan sebagai cara hidup mereka tapi
masih tidak lupa dengan budaya dan adat mereka. Manakala individu
wanita tradisional berpegang kuat pada adat, tradisi dan budaya
sebagai cara hidup mereka. Malahan kumpulan wanita sebegini
adakalanya menjadi tarikan kepada golongan lelaki.
Pemakaian pakaian tradisional iaitu "Kimono"
menyerlahkan lagi sifat kewanitaan mereka. Pemakaian kimono
sering dipakai samada menyambut Tahun Baru, menghadiri upacara
keramaian, melawat tempat suci (tokong), pesta atau festival,
majlis perkahwinan, upacara rasmi dan lain-lain lagi.
Adat dan Kesopanan, misalnya melalui cara duduk yang sopan,
menyambut tetamu, membuka pintu (sliding door) dengan posisi
duduk, menyediakan makanan, cara berjalan, penggunaan bahasa
yang sopan dan lemah lembut, tunduk hormat samada semasa berdiri
ataupun duduk, semasa upacara minum teh dan banyak lagi.
 |
| Tea Ceremony |
Mereka selalunya dikaitkan juga sebagai seorang
wanita yang pandai memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian,
mencuci pinggan, pandai menjahit dan "ekstra" kemahiran...
mengubah/menghias bunga (flower arrangement).
Pada abad kini iaitu di era millenium yang
serba canggih dan percampuran budaya barat dan timur telah mempengaruhi
cara hidup dan budaya masyarakat Jepun. Persoalan mungkin timbul,
mampukah kumpulan wanita tersebut bertahan untuk generasi seterusnya?
Hanya masa sahaja menentukan segalanya.
INFOtainment
Masih kurang faham? Dalam artikel ini, saya memilih satu episod
anime dalam siri "Steel Angel Kurumi". Kisah dalam
siri tersebut menceritakan Kurumi ingin mengetahui dan mempelajari
sifat sebenar seorang "wanita tradisional Jepun sejati".
Selamat Menonton~ desu-nehhh...
 |
Streaming Video / Download |
|