Sesi temubual penerbit bersama Akira
Toriyama (Dragon Ball) dan Eiichiro Oda (One Piece) dalam
buku koleksi ilustrasi ONE PIECE ARTBOOK: COLOR WALK 1.
Jom kita mulakan. Apa pendapat Oda tentang Toriyama?
Oda : Pendapat aku, Toriyama-sensei adalah dewa
dari dimensi yang berbeza. Dia sememangnya seorang pelukis
yang begitu handal melukis!
Toriyama : Haha... aku rasa janggal la dengan kedudukan
itu.
Oda : Serius aku katakan, aku tak pernah baca manga
(komik) Arale-chan (Dr. Slump). Yang membuatkan aku minat
dengan manga Toriyama-sensei adalah sejak terbaca Dragon
Ball jilid ke-2. Aku tak ingat bila, tapi itulah kali
pertama aku jatuh cinta pandang pertama. Walaupun ketika
itu aku sukakan karakter Disney. Tapi setelah berfikir
panjang. Aku merasakan ianya lebih baik dari Disney. Ingat
lagi tak karakter Ranfan dalam pertarungan Tenkaichi Budokai
(Kejohanan Seni Bela Diri) ke-21?
Toriyama : Ya, dia ada dalam tu!
Oda : Aku rasa macam pelik pula kalau awak masih
ingat lagi. Aku ingatkan awak dah lupa beberapa karakter
yang bagus itu... HAHA. Ingat lagi -kan selepas Ranfan
tanggalkan bajunya? Bahagian ketiak Ranfan ketika babak
itu... dilukis dengan begitu kemas sekali. Aku merasakan
awaklah orang pertama yang aku kenal telah melukis bahagian
ketiak itu dengan kemas. Sejak dari itu, aku rajin melukis
bahagian ketiak dan begitu juga dengan tangan Taopaipai.
Toriyama : Taopaipai? Awak ni memang suka dengan
karakter-karakter yang kurang penting.
Oda : Ish!? Taopaipai itu juga karakter yang penting!
Toriyama : Lelaki yang berambut tocang tu?
Oda : Ya... ya. Seorang pembunuh upahan. Lelaki
yang menerbangkan sebatang tiang ke langit dan berdiri
di atasnya sebagai kenderaan.
Toriyama : Oh yelah... aku ada lukis yang itu.
Oda : Setiap kali tangannya ditunjukkan. Ianya
dilukis dengan begitu sempurna. Sebab itulah aku suka
melukis tangan. Dua benda penting yang membuatkan aku
teruja dalam Dragon Ball ialah ketiak dan tangan.
Toriyama : Tapi, dalam Dragon Ball ada banyak karakter
yang berotot besar. Aku rasa macam satu kerugian sebab
tak mengkaji bentuk model otot awal-awal. Sampai sekarang
pun aku masih tidak praktikkannya lagi.
Oda : Toriyama-sensei, cara awak mencipta karakter
yang bersaiz besar itu sudah cukup menakjubkan! Aku sendiri
adalah pembaca manga Kinnikuman dan sebab itulah aku merasakan
ianya mengagumkan... HAHA.
Toriyama : Sebenarnya, aku terlalu banyak berfikir
bagaimana otot itu patut dilukis. Sebab itulah, kalau
awak tengok ianya seperti otot yang sebenar, rasanya ia
kurang tepat.
Oda : Oh tidak... tidak, ianya cukup sempurna.
Sensei, sedangkan karakter perempuan yang awak lukis itu
juga kelihatan berotot dan bagi aku ianya nampak lebih
seksi.
Toriyama : Sebenarnya aku tak pandai melukis karakter
perempuan... HAHA.
Oda : Oh ya... Toriyama-sensei, ilustrasi mecha
awak pun sungguh mengagumkan.
Toriyama : Kebanyakkan ilustrasi mecha hanya rekaan
semata-mata. Tapi -kan, rekaan asal datangnya dari kepala
otak aku dan otak itulah akan menentukan bagaimana ianya
akan terbentuk dengan sendiri. Misalnya dimanakah tangki
minyak itu patut dipasangkan.
Oda : Sebab itulah aku katakan ianya mengagumkan.
Jarang sekali dapat terfikirkan idea macam tu. Aku sendiri
pun langsung tidak tahu-menahu pasal mesin. Sebab itulah
aku tidak mahir melukisnya.
Toriyama : Kalau ikutkan logik, kesemuanya itu
adalah palsu. Tapi -kan, untuk memikirkan rekabentuk mecha
yang pelik. Aku masih memikirkan sesuatu mengenainya seperti
bagaimana aku boleh memandu benda itu dan bermacam-macam
lagi yang perlu aku fikirkan.
Oda : Memang betul, rekabentuk mecha tidak semestinya
boleh digunakan seperti di dunia sebenar.
Toriyama : Kalau awak nak tahu, melukis untuk lukisan
ilustrasi aku tak kisah sangat. Tapi kalau untuk lukisan
manga dan terpaksa pula melukisnya beberapa kali. Ia akan
jadi satu penyeksaan. Kalau aku dah terlampau banyak sangat
melukis sesuatu, kejap lagi ianya pasti membuatkan aku
tertekan.
Oda : Betul tu. Bermacam perkara yang perlu difikirkan
lebih-lebih lagi kalau banyak babak yang bergerak. Ianya
mengingatkan aku pada krew Pilaf yang telah memandu beberapa
mecha yang boleh bergabung.
Toriyama : Err...?
Oda : Memang ada la. Aku begitu teruja melihat
3 mecha itu bergabung menjadi satu! Masa tu aku rasa begitu
kagum sekali dan kalau 2 mecha itu bergabung, ianya kelihatan
seperti bentuk burung unta.
Toriyama : Oh? Adakah ianya sebuah pengangkutan?
Oda : Ya.
Toriyama : Robot?
Oda : Ya.
Toriyama : Oh! Mungkin aku pernah lukis rupa macam
tu kot.
Oda : Malah, awak sempat terfikirkan cara ia berubah.
Toriyama : Aku terfikirkan macam tu sekali ke?
Oda : Yalah, awak memang terfikirkan sampai macam
tu sekali... HAHA.
Dalam banyak-banyak ilustrasi yang kamu ingat, yang
manakah menjadi kegemaran kamu?
Toriyama : Ilustrasi kegemaran aku...
Oda : Aku tahu. Mungkin Toriyama-sensei sudah lupa
kot... tapi aku masih ingat pasal komen Toriyama tentang
perkara itu.
Toriyama : Yakah?
Oda : Awak pernah sebut sesuatu pasal tu dalam
satu sesi temubual (Temubual dalam buku Daizenshyuu 1).
Toriyama : Yang ini?
Oda : Yang itu la... HAHA. Awak kata itulah satu-satunya
yang paling awak suka. Aku ada juga terfikir, kenapa yang
itu, bagaimana pula yang lainnya?
Toriyama : Betul tu, aku pernah kata, inilah lukisan
yang aku suka! Tapi, bila aku tengok sekarang sekali lagi,
aku mula rasa hairanlah kenapa aku pilih yang ini.
Oda : ...HAHA.
Toriyama : Mungkin aku suka sebab warna latarbelakang
hijau kekuningan itu membuatkanya begitu cantik kot?
Oda : Dalam komen awak dulu tu, awak kata, awak
sukakan keseimbangan rekaletak mecha secara keseluruhannya.
Toriyama : Mungkin pada masa tu aku cuma bayangkan
ianya adalah gabungan yang menarik kot?
Oda : Kalaulah pelukis asalnya tidak tahu, sesiapa
pun takkan tahu barangkali... HAHA.
Toriyama : Bagaimana dengan awak pula, Oda-kun?
Oda : Yang jadi kegemaran aku... mestilah yang
itu. Poster besar yang aku lukis untuk majalah Jump dan
pertama kali aku lukis 5 watak bersama. Dalam tu ada ilustrasi
Luffy dan kawan-kawannya berdiri di atas beruang kutub.
Aku lukis ilustrasi itu, punyalah besar.
Toriyama : Adakah awak lukisnya seperti saiz yang
sebenar!?
Oda : Aku cuba lukiskan mengikut saiz seperti yang
sebenar. Aku lekatkan dua keping kertas bersama dan melukisnya.
Toriyama : Awak gabungkan dua kertas sekali!?
Oda : Mulanya, aku cuba lukis pada beberapa keping
kertas yang dicantumkan. Kemudian baru aku perasan yang
aku sepatutya lukis pada kertas bersaiz A3.
Toriyama : Wah, awak memang serius pasal tu...
HAHA. Biasa la tu -kan, mungkin masa tu awak belum mahir
melukis manga kot.
Oda : HAHA... mungkin awak pun tak tahu.
Toriyama : Dulu, aku pernah melukis bunyi efek
seperti BOOM guna pembaris... HAHA.
Oda-sensei, yang mana satu ilustrasi Toriyama-sensei
yang awak rasakan ianya terbaik?
Oda : Salah satu yang menjadi kegemaran aku. Aku
suka ilustrasi kulit muka depan jilid 2. Ianya memiliki
warna-warna semulajadi dan kelihatan menarik.
Toriyama : Yang ini, aku lukis guna kertas berwarna.
Aku pernah kata yang aku rasa tak larat melukis atas kertas
putih sebab ianya adalah salah satu dari 5 muka surat
berwarna untuk seminggu.
Oda : Gila apa! Lima muka surat berwarna seminggu?
Toriyama : Aku dipaksa menyiapkannya oleh Torishima-san!
Dia selalu suruh buat sesuatu yang diluar jangkaan!! ...HAHA.
Oda : 2 pun aku dah tak cukup tangan dah.
Toriyama : Kenapa kau suka yang ini?
Oda : Ianya semacam ada satu pergerakan dan tampak
kelihatan tenang. Aku fikir, itulah antara sebab aku sukakannya.
Secara keseluruhan, suasana ilustrasi nampak lebih kool.
Awak berdua sudah lama melukis ilustrasi. Tapi, ada
tak karya yang kamu fikirkan ianya agak leceh untuk disiapkan?
Toriyama : Hmm... pada pendapat aku, melukis kenderaan
atau kereta kebal yang wujud dalam dunia sebenar adalah
paling payah untuk dilukis. Sebab kita tak boleh ubah
rekaannya sesuka hati. Kalau aku rasa macam malas nak
fikirkan rekaan yang baru. Aku terpaksa rujuk contoh benda
yang wujud di dunia ini dan secara tidak langsung, lagi
bertambah leceh.
Oda : Sebab itu aku berpendapat, mereka-mereka
yang melukis siri tentang dunia sebenar tentu merasakan
ianya agak sukar sekali.
Toriyama : Aku pun fikir macam tu. Ilustrasi yang
macam ini memang gilalah. Sebab, motorsikal ini memang
wujud dalam dunia sebenar. Ianya bukan sesuatu yang bagus
untuk melukis benda-benda yang dah wujud.
Oda : Takdelah teruk sangat pun... HAHA.
Toriyama : Oda-kun, apa benda yang awak fikir leceh
nak buat?
Oda : Aku fikir, aku hanya lebih suka semuanya
kalau segala lukisan aku itu siap dilukis. Seronok juga
melukis ilustrasi ni. Itu pun bergantung pada tempoh dateline
untuk aku melukis dan setiap kali pihak editorial membawanya
pergi. Aku terasa macam tak ingin ianya pergi dulu!
Toriyama : Beruntung awak! Itulah bezanya antara
awak dengan aku. Kalau itulah yang berlaku pada aku, aku
pasti ianya juga menyeronokkan.
Kita bercerita pula pasal karakter. Boleh beritahu
kami karakter yang disukai dalam manga kamu?
Toriyama : Sudah tentulah aku sukakan karakter
Picolo. Dialah karakter pertama dalam manga aku yang aku
suka. Mukanya nampak menakutkan tapi dengan gaya lebih
kool. Ianya kelihatan klise kalau secara tiba-tiba orang
jahat berubah jadi orang baik. Tapi ianya tetap menarik
untuk dilukis.
Oda : Betul tu. Malah boleh membuatkan para pembaca
gembira. Ada sebahagian dalam diri awak mesti akan rasa
gembira walaupun awak dah tahu perkara itu bakal berlaku.
Toriyama : Ya, ya. Oda-kun, yang mana satu karakter
manga yang awak suka?
Oda : Aku? Tentulah aku suka Luffy. Tapi... ada
karakter yang aku masih suka... Gaimon. Aku tak terfikir
siapa lagi yang lebih bagus selain dia. Dia hanyalah seorang
lelaki yang tersepit dalam kotak harta karun selama 20
tahun. Aku fikir ianya cukup unik untuk aku.
Toriyama : Mulanya, macam mana awak boleh fikirkan
yang dia jadi macam tu?
Oda : Sepatutnya dia tersepit dalam tong. Tapi,
aku takde idea macam mana ianya akan berevolusi... HAHA.
Torimaya : Ya... aku faham perkara yang awak maksudkan
itu.
Oda : Karakter dicipta berdasarkan apa yang aku
fikirkan, misalnya karakter ini akan katakan sesuatu yang
begitu-begini.
Toriyama : Aku faham... aku faham. Cara kita lakukan
mungkin berbeza tapi bagaimana kita bayangkannya itu memang
sama.
Oda : Betul ke!? Senang hati aku mendengarnya.
Toriyama : Ini bermakna, segala kreativiti yang
membuatkan pembaca gembira itu datang dengan sendiri atau
awak cuma ingin membodek pembaca?
Oda : Kedua-duanya.
Toriyama : Contohlah, awak rancang melukis sesuatu
yang sudah tersasar dari garis panduan. Adakah ia akan
berubah pada pertengahannya.
Oda : Mungkin juga. Tapi, aku tetap percaya yang
pembaca mesti gembira dengan apa yang mereka baca.
Toriyama : Betul juga. Awak pun sependapat dengan
aku pasal tu.
Oda : Sejak aku kecil lagi, aku dah nekad ingin
menjadi seorang artis manga. Jadi, kalau aku ditakdirkan
menjadi seorang pelukis manga, seperkara yang akan aku
lukis adalah berdasarkan dari pembacaan harian aku. Dalam
otak aku, masih ada banyak idea yang aku simpan dan kebanyakkannya
adalah dari pengalaman membaca. Ianya sudah menjadi sebahagian
cara pemikiran aku untuk melukis sesuatu yang boleh mengembirakan
para pembaca. Namun, bagaimana cara aku berfikir sekarang
mungkin berbeza dengan pemahaman sebagai seorang budak
ketika tu. Tapi, setiap kali aku melukis, terlintas dalam
fikiran aku memikirkan apakah yang boleh membuatkan aku
gembira ketika aku masih muda.
Toriyama : Ianya sungguh bermakna. Bagaimana cara
awak cuba kembali menjadi seorang pembaca muda dengan
sengaja.
Oda : Ya. Sebab itulah aku tak boleh nak ikutkan
sangat cakap orang lain yang cadang aku buat macam itu
dan ini. Tapi, kalau aku cuba fikirkan sesuatu yang akan
mengembirakan aku membacanya seperti ketika aku masih
budak. Aku pasti rasa lebih bangga dengan karya yang ingin
aku tunjukkan.
Apa yang awak fikirkan ketika mula-mula mencipta Luffy?
Oda : Sifat kejantanan. Dragon Ball pernah tunjukkan
semua itu yang akan membuatkan budak-budak begitu gembira
dengannya. Jadi, aku guna cara itu sebagai panduan untuk
memulakannya.
Toriyama : Awak berjaya membuatkan peminat awak
membaca siri pengembaraan seperti itu. Ianya bukan perkara
mudah untuk hasilkan cerita dengan formula macam tu. Perasaan
menjadi seorang lelaki terhebat dunia memang menarik.
Oda : Sudah tentulah. Ramai orang rasa segan menjadi
seorang lelaki sejati. Kesudahannya aku tetap fikirkan
yang mereka tetap akan suka.
Toriyama : Aku pun sependapat. Aku juga mulanya
merasakan ianya sungguh tipikal setiap kali aku melukis.
Oda : Tapi, itu pun kalau pembaca suka dengannya.
Toriyama : Awak tetap berkesudahan dengan melukisnya
juga -kan.
Sebagai penutup, ada tak kata-kata semangat yang ingin
diucapkan daripada kamu berdua?
Oda : Toriyama-sensei, buatlah apa-apa yang patut
yang awak rasakan perlu. Walau apa pun yang awak buat,
aku tetap akan rasa gembira selagi awak masih terus berkarya.
Tapi -kan, aku pasti, kalau pihak editorial mesti akan
kata macam ni... lukiskan sebuah cerita... HAHA.
Toriyama : Aku mengharapkan awak boleh terus berkarya
mengikut aliran yang awak pilih. Tiada lagi kata-kata
yang ingin aku ucapkan sebab anak aku pun sangat suka
dengan manga One Piece. Aku juga sudah membacanya dan
aku juga mula faham kenapa semua orang sangat suka tentang
One Piece. Oleh itu teruskan lagi berusaha mulai sekarang.