STUDIO GONZO
Studio Animasi Kreatif dan Inovatif

[Official Website]

Dalam artikel ini, saya ingin menulis tentang studio produksi yang menjadi "faveret" atau senang cakap, saya adalah salah seorang peminat yang mengkagumi karya anime keluaran mereka iaitu studio GONZO. Pertama kali saya menonton anime mereka, Kiddy Grade dan Gravion membuatkan saya kagum dan ingin terus mencari anime yang seangkatan dengannya. Boleh dikatakan hampir 80% anime keluaran mereka ada dalam koleksi peribadi saya.

GONZO, dahulunya dikenali sebagai GONZO Digimation (syarikat penerbit animasi) pada tahun 1999 kemudiannya ditukar semula pada tahun 2004 sebagai "GONZO". Apa yang menarik perhatian saya mengenai studio GONZO ini ialah pada cara pembikinan dan persembahan animasi mereka. Mereka terkenal dengan penggunaan teknik atau kaedah animasi 3D dan CGI dalam proses pembikinan animasi sekaligus ia menjadikan satu "trademark" untuk animasi keluaran mereka.

   
   
     
 
Mahiro Maeda, pengarah siri anime Blue Submarine No. 6, terlibat dalam pembikinan siri animasi "Animatrix" yang mengisahkan permulaan kisah persengketaan antara manusia dan mesin dalam filem asalnya The MATRIX.
 

Penglibatan Studio GONZO dalam industri animasi bermula sekitar tahun 1997 iaitu pembikinan animasi siri anime pertama mereka, "Blue Submarine No. 6". Siri Blue Submarine No. 6 pernah menerima beberapa anugerah seperti Kobe Animation Award di Jepun dan begitu juga animasi keluaran mereka yang lain seperti Yukikaze dan Gankutsuou, turut mendapat penghargaan yang sama. Baru-baru ini, siri anime Speed Grapher, salah satu anime karya asli kepunyaan studio GONZO turut di terbitkan ke novel selepas disiarkan di televisyen tahun lalu (2005).

   
   
  BLUE SUBMARINE NO. 6  
     
   
     
 
"...GONZO-produced Linkin Park "Breaking The Habit" video receives Best Group Video Award at MTV Video Music Award Japan 2005" - MTV Japan
 

Selepas beberapa tahun kemudian, dengan kejayaan dan populariti studio GONZO di Jepun, mereka mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Mereka bukan sahaja melibatkan diri dalam pembikinan animasi untuk siri TV Jepun malahan untuk siri TV barat juga, misalnya penerbitan animasi G.I Joe : Sigma 6. Siri G.I Joe amat popular di U.S.A dan kini G.I. Joe menerima sentuhan pembikinan animasi cara anime. Baru-baru ini, pengumuman mengenai penerbitan Afro Samurai turut menyerlahkan lagi studio GONZO di mata dunia.

   
  G.I JOE : Sigma 6  
     
   
   
  AFRO SAMURAI  
     
 
"...Production Afrosamurai on the feature film is slated to begin in 2006, with the film targeting a U.S. release in 2007. The animated version of Afrosamurai is scheduled to air in the U.S. next year before being reverse imported to Japan where it will air with Japanese subtitles..." - GDH
 

Kini, Studio GONZO mula mempelbagaikan lagi karya mereka dari animasi ke penerbitan filem "live action". Pada tahun 2005, Murahama Shouji (orang kuat GONZO) mengumumkan animasi Blue Submarine No. 6 akan dijadikan filem "live-action". Filem tersebut dikatakan akan menelan belanja sekitar USD80 juta untuk proses pembikinan sekaligus merupakan filem terbitan mereka yang pertama.

LAST EXILE

Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative
Works 2.5 Malaysia License.
 
PuteraNiME.com does not claim to own any picture above.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.