MASTER OF ENTERTAINMENT
Daya Tarikan Dengan Gaya Tersendiri

Salah satu kumpulan produksi anime yang tidak popular di kalangan peminat/penonton anime di Malaysia tapi dikenali umum di Jepun. Siri-siri anime mereka agak sukar untuk diperolehi dan saya sendiri pun hanya memiliki beberapa siri sahaja.

Master of Entertainment
atau M.O.E merupakan salah satu syarikat penerbitan animasi di Jepun yang mempunyai ciri-ciri pembikinan animasi tersendiri. GONZO terkenal dengan animasi gabungan 3D dan 2D CGI, Gibhli Studio terkenal dengan persembahan animasi seakan Walt Disney dan bagaimana pula dengan M.O.E...?

"Parody" siri Steel Angel Kurumi dalam Rizelmine
Steel Angel Kurumi Rizelmine

Apa yang menarik mengenai syarikat ini adalah mereka terkenal dengan penerbitan animasi yang mempunyai tempoh masa tayangan yang agak pendek antara 15 atau 17 minit untuk setiap siri anime mereka dan tentunya elemen komedi yang dimuatkan serta plot penceritaan anime mereka juga cukup ringkas dan unik.

Siri-siri anime keluaran M.O.E kebanyakkannya mempersembahkan karakter-karakter yang terlalu kawaii~ (comel/cantik/lawa) dan mungkin juga kebudak-budakkan. Sekali pandang, anime mereka seolah-olah disasarkan untuk penonton kanak-kanak. Namun, pada hakikatnya siri anime mereka hanya sesuai untuk tontonan golongan dewasa terutama sekali golongan remaja.

Rizel
Tarou
Mariel
Kurumi

Dari segi jalan cerita setiap siri anime, mereka lebih memfokuskan kisah romantik dan kadangkala penuh perasaan (feeling) yang agak mendalam penyampaiannya dan adakalanya agak lucu sedikit. Ditambah pula elemen komedi bersahaja turut membantu menceriakan jalan cerita sesebuah anime sekaligus membuatkan para penonton tidak bosan untuk menontonnya berulangkali.

Kebanyakkan dendangan lagu siri-siri anime M.O.E menggunakan lagu "soundtrack" OP dan ED (opening/ending song) mengikut tema setiap siri anime yang ditayangkan. Boleh dikatakan hampir menjadi salah satu "trademark" untuk produksi anime mereka.

Antara anime mereka yang popular sehingga sekarang seperti Steel Angel Kurumi dan Hanaukyo Maid Tai. Produksi Steel Angel Kurumi dibahagi kepada 4 keluaran iaitu siri musim pertama, musim kedua, siri format OVA dan juga siri "live-action" Steel Angel Kurumi : Pure.

Siri anime Hanaukyo Maid Tai mula mendapat tempat di hati peminat dan banyak permintaan untuk ditambahkan lagi episod siri tersebut. Selepas beberapa tahun tayangannya, siri Hanaukyo Maid Tai tidak disambung sebaliknya diolah semula (remake) dengan memanjangkan lagi tempoh masa siaran untuk setiap episod dengan tajuk Hanaukyo Maid Tai La Verite.



Hanaukyo Maid Tai La Verite

Amaran :
Kebanyakkan anime keluaran mereka hanya sesuai untuk tontonan golongan remaja matang sahaja.

Antara anime yang anda boleh miliki di pasaran negara kita dan... *ahem* sudah ditapis barangkali ^_^; seperti :

Steel Angel Kurumi
Hanaukyo Maid Tai La Verite (remake)
Ultimate Girl


INFOtainment

Jom tengok produksi M.O.E in Action. Hanaukyo Maid Tai antara anime terawal produk M.O.E yang saya tonton dan pencetus utama minat saya mengumpul siri-siri anime keluaran mereka yang seterusnya.
Streaming Video / Download

Creative Commons License
This work is licensed under a
Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative
Works 2.5 Malaysia License.
 
PuteraNiME.com does not claim to own any picture above.
All images belongs to their rightful owners. No Infrigement Intended.
© PuteraNiME.com. All Rights Reserved.

PuteraNiME.com is a non-profit organization dedicated to serving those who love all Anime and Manga.